Pernah tak korang pergi bank nak apply loan, lepas tu pegawai bank mintak penyata KWSP terkini? program STR SARA Korang pandang dia macam kena tanya soalan cepumas. Tak tau kat mana nak dapat, tak tau macam mana nak print.
Relax. Benda ni senang je sebenarnya. Aku baru je check sendiri app KWSP, dari login sampai dapat PDF penyata ambil masa tak sampai lima minit. Jom aku tunjuk step-by-step macam mana korang boleh buat sendiri guna phone.
Kenapa Korang Kena Ada Penyata KWSP?
Penyata KWSP ni bukan sekadar kertas cantik. Ramai tempat mintak benda ni. Bila korang nak buat pinjaman rumah atau kereta, bank nak tengok simpanan korang. Bila nak mohon visa ke luar negara, kedutaan pun kadang mintak.
Ada satu lagi guna yang ramai tak perasan. Penyata ni cara paling senang nak tau majikan korang betul-betul bayar caruman ke tak. Kalau korang kerja swasta, duit KWSP sepatutnya masuk setiap bulan. Kalau tengok penyata ada bulan yang kosong, tu tanda ada masalah. Korang boleh cross-check dengan cara semak baki KWSP guna phone yang aku dah kongsi sebelum ni.