i-Akaun KWSP: Semua Yang Korang Boleh Buat Online 2026

Korang tau tak, sekarang semua benda pasal KWSP boleh buat online? Tak payah beratur kat kaunter, tak payah ambil cuti kerja. STR SARA Cuma guna i-Akaun je, dah boleh check baki, tukar maklumat, sampai buat pengeluaran. Tapi ramai yang masih tak daftar lagi, atau dah daftar tapi tak tau semua fungsi yang ada.

Jom tengok satu per satu apa yang korang boleh buat dalam i-Akaun KWSP ni.

Apa Itu i-Akaun KWSP dan Kenapa Korang Perlu Daftar?

i-Akaun ni macam online banking untuk duit KWSP korang. Dulu, kalau nak tengok baki atau tukar nombor telefon, kena pergi kaunter KWSP. Sekarang semua tu dah boleh buat dari phone je.

Yang penting, i-Akaun ni percuma. Korang cuma perlu ada nombor MyKad dan email yang aktif. Dalam masa 10 minit dah boleh guna.

Kalau korang belum daftar, ini maksudnya korang tak boleh check berapa sebenarnya duit dalam KWSP. Korang juga tak boleh buat sebarang pengeluaran online. Rugi tau.

Leave a Comment