Nak Belanja SARA? Ni Senarai Barang Yang Boleh dan Tak Boleh Beli

Korang dah dapat kredit SARA dalam MyKad tapi tak pasti apa yang boleh beli? Jangan risau, ramai yang sama. program STR SARA Ada yang dah sampai kaunter baru tau barang tu tak boleh bayar guna SARA.

Jom tengok senarai penuh barang yang boleh dan tak boleh beli supaya korang tak bazir masa kat kedai nanti.

SARA Ni Sebenarnya Untuk Beli Apa?

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ni kredit yang kerajaan masukkan terus dalam MyKad korang setiap bulan. Tujuan utama dia untuk bantu beli barang keperluan harian, terutamanya makanan dan barang dapur asas.

Tapi bukan semua barang kat kedai boleh dibayar guna SARA tau. Sistem terminal MyKasih akan auto-reject kalau barang tu tak termasuk dalam kategori yang dibenarkan.

Jumlah kredit yang korang dapat setiap bulan bergantung kepada kategori isi rumah. Kalau nak tahu kategori korang yang mana, boleh check di sini.

Kategori PenerimaKredit SARA Sebulan
Miskin Tegar (pendapatan isi rumah bawah RM1,169)RM200
Penerima STR yang lainRM100
Bujang layak STRRM100

Leave a Comment