Duit Julai Dah Masuk? 5 Benda Korang Patut Buat Sekarang 2026

Dah masuk 1 Julai ni, korang dah check akaun ke belum? Kalau belum, jangan tunggu lama. Awal bulan macam ni memang banyak duit kerajaan mula bergerak masuk, dan sebahagiannya senyap je tanpa notis.

Kami kat strsara baru je check pagi tadi, dan memang ada yang dah masuk. Jadi jom kita tengok 5 benda korang patut buat sekarang supaya tak ada satu sen pun terlepas bulan ni.

1. Check Baki SARA Dalam MyKad Korang

Benda pertama sekali, buka MyKad korang dan semak baki SARA. Kredit SARA masuk terus ke cip MyKad setiap 1hb, bukan ke akaun bank. Kalau korang penerima STR, korang dapat RM100 sebulan. Kalau tergolong dalam kategori miskin tegar, jumlahnya RM200 sebulan. Duit ni boleh guna untuk beli barang keperluan kat kedai yang terlibat. Cara paling senang nak semak, tap MyKad kat mesin dalam pasaraya atau kaunter yang ada logo program. Kalau tak nampak baki, tunggu sekejap sebab kadang ambil masa nak update.

Leave a Comment